Wednesday, May 25, 2011

Galeri Gambar

ATURCARA LAWATAN PANEL AUDIT 5S DARI MPC

Assalamualaikum..
Di sini saya lampirkan aturcara bagi lawatan tersebut. Diharap semua warga kolej dapat memberikan kerjasama dan bersedia untuk memberi maklumbalas sekiranya ditanya oleh penilai. Marilah kita menyambut kedatangan pegawai penilai tersebut dengan senyuman yang ikhlas.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar, Amin.
Daripada
Setiausaha 5S

ATURCARA LAWATAN PANEL AUDIT 5S DARI MPC

PADA 26 MEI 2011

9:00 pagi : PembukaanMesyuarat

(Ahli J/K Indukdijemputhadir)

9:15 pagi : Audit PelanInduk dan Rekod Aktiviti Kumpulan 5S

9:30 pagi : Audit Kawasan :

· Ruang Pejabat

· Tempat Simpanan

· Tempat Umum

12:30 tgh: Rehat / MakanTengahari

4:00 ptg : Semakan Hasil Audit oleh Juruaudit

4:15 ptg : Semakan oleh Juruaudit dan Penutup

(Ahli J/K Indukdijemput hadir)

Wednesday, May 18, 2011

Tatacara Memakir Kenderaan di kawasan KPMB


assalamualaikum kpd semua warga kolej
Hasil daripada perbincangan AJK Induk bersama-sama dengan ketua-ketua zon dalam mesyuarat 5S pada 13 Mei 2011 (Jumaat) yang lalu, mesyuarat telah memutuskan bahawa semua warga kolej KPMB diminta untuk mengamalkan konsep 5S (Seragam) dalam aspek memakir kenderaan tuan/puan. Ketetapan telah diambil iaitu:
  1. memakirkan kenderaan secara 'reverse parking' di kawasan parkir di antara dewan besar dan blok B
  2. ruang parkir juga disediakan di sebelah gelanggang bola tampar / berhampiran dengan rumah TPHEP dengan memakir secara 'reverse parking'
  3. kawasan di sebelah padang petangue boleh juga digunakan sbg tempat memakir kereta secara 'reverse parking'
  4. memakir kenderaan di sepanjang jalan bermula dari belakang pejabat pentadbiran dan berakhir di laluan setentang dengan Bilik I1. Parkir adalah secara 'side parking' dengan memakirkan kenderaan di sebelah kanan jalan. Jalan ini akan dijadikan laluan sehala.
  5. tidak dibenarkan memakir kenderaan di sepanjang laluan utama keluar/masuk bersebelahan padang bolasepak termasuk bersebelahan Blok B.
Marilah kita sama-sama menjayakan cara memakir yang seragam agar kita dapat mengujudkan persekitaran yang selamat. Arahan ini adalah berkuatkuasa mulai 23 Mei 2011.
Sokongan dari pihak tuan/puan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Daripada
Setiausaha 5S KPMB

Monday, May 16, 2011

JOM SISIH

Assalamualaikum...

Lawatan dari pihak MPC kurang dari 10 hari lg....mari kita sisihkan barang-barang yang perlu disisih...
Berikut adalah tempat-tempat yang disediakan untuk mengumpul bahan-bahan yang perlu disisih.

1. Bawah tangga berhampiran dengan bilik pensera.
2. Bawah tangga berhampir an dengan bilik I5
3. Bawah tangga berhadapan dengan Jabatan komputer
4. Laluan diantara tandas pensyarah dan tandas pelajar (tingkat bawah) di blok B
5. Depan blok berhampiran dgn jalan raya (untuk zon pusat pelajar)
6. Ruangan kosong didepan pejabat pentadbiran (untuk zon pentadbiran dan perpustakaan)

Pada hari Khamis (20 hb Mei 2011) lori akan mengangkut semua hasil sisihan yang telah dikumpulkan.

Mari kita jayakan misi 5S.. sisih mana yang perlu.


Sekian, terima kasih

MASLINDA BINTI MOHD SENON

UNIT SISIH

Thursday, May 12, 2011

5S - SERAGAM

Assalamualaikum wbt..
Buat semua rakan kerja KPMB, hasil lawatan ke KKTM Beranang baru2 ni memberi lebih peluang kepada saya untuk lebih memahami keperluan SERAGAM dalam 5S..Semoga perkongsian ini dapat membantu kita dalam membuat persediaan persijilan S yg tinggal hanya 13 HARI SAHAJA LAGI....
Berdasarkan penerangan En Alias, Penyelaras 5S KKTM Beranang, 5S mementingkan 3 aspek utama iaitu SELAMAT, BERSIH & EFISIEN..Malah 5S amat menghargai PENJIMATAN KOS seperti kitar semula dsb...Seterusnya ia mestilah dilakukan SECARA BERTERUSAN (kaizen)....
Berkait dengan keperluan seragam, yg penting adalah semua org memiliki pemahaman & melaksanakan tindakan yg sama utk sesuatu perkara..Contoh pertama ialah jika hos paip perlu disangkut, maka semua org sepatutnya menyangkut hos tersebut pada tempat yg disediakan...Contoh kedua ialah kerusi & meja perlu ditinggalkan dalam keadaan tersusun sebelum meninggalkan bilik/kelas...Contoh ketiga ialah semua papan putih perlu dibersihkan sebelum meninggalkan kelas...Jika semua org memahami & melaksanakan perkara yg sama dgn betul, maka konsep seragam telah berlaku di situ...
Sebenarnya, konsep seragam tidak memerlukan kita utk menggunakan warna yg sama pada label fail walaupun berada dalam satu bilik yg sama..malah kita boleh menggunakan kreativiti masing-masing asalkan tujuan utama 5S tercapai...Namun, jika penggunaan warna yg sama telah digunakan, ia boleh diteruskan..Malah, dari segi penggunaan signage & sticker, signage & sticker yg sama digunakan hanya kerana ia lebih mudah, menjimatkan masa & kos...bukan kerana kemestian...Lagipun bila sticker/signage yg sama digunakan, 'mata' kita biasanya merasa lebih selesa dengan 'pemandangan' yang sama...
Semoga perkongsian ini dapat membantu meningkatkan pemahaman kita bersama dalam usaha menjayakan persijilan 5S pada 26 Mei 2011 ini... Mohon maaf atas sebarang kekurangan di dalam perkongsian ini.
Sekian, terima kasih..
"KERJASAMA SEMUA PIHAK MENJAMIN KEJAYAAN PELAKSANAAN KONSEP 5S DI KPMB...INSYA ALLAH.."
Mashitoh binti Musa
Unit Seragam 5S
Kolej Profesional MARA Beranang
Lot 2333, Mukim Beranang
Jalan Kajang/Seremban
43700 Beranang
Selangor
Tel: 03-87668935/36 EXT 215