Thursday, May 12, 2011

5S - SERAGAM

Assalamualaikum wbt..
Buat semua rakan kerja KPMB, hasil lawatan ke KKTM Beranang baru2 ni memberi lebih peluang kepada saya untuk lebih memahami keperluan SERAGAM dalam 5S..Semoga perkongsian ini dapat membantu kita dalam membuat persediaan persijilan S yg tinggal hanya 13 HARI SAHAJA LAGI....
Berdasarkan penerangan En Alias, Penyelaras 5S KKTM Beranang, 5S mementingkan 3 aspek utama iaitu SELAMAT, BERSIH & EFISIEN..Malah 5S amat menghargai PENJIMATAN KOS seperti kitar semula dsb...Seterusnya ia mestilah dilakukan SECARA BERTERUSAN (kaizen)....
Berkait dengan keperluan seragam, yg penting adalah semua org memiliki pemahaman & melaksanakan tindakan yg sama utk sesuatu perkara..Contoh pertama ialah jika hos paip perlu disangkut, maka semua org sepatutnya menyangkut hos tersebut pada tempat yg disediakan...Contoh kedua ialah kerusi & meja perlu ditinggalkan dalam keadaan tersusun sebelum meninggalkan bilik/kelas...Contoh ketiga ialah semua papan putih perlu dibersihkan sebelum meninggalkan kelas...Jika semua org memahami & melaksanakan perkara yg sama dgn betul, maka konsep seragam telah berlaku di situ...
Sebenarnya, konsep seragam tidak memerlukan kita utk menggunakan warna yg sama pada label fail walaupun berada dalam satu bilik yg sama..malah kita boleh menggunakan kreativiti masing-masing asalkan tujuan utama 5S tercapai...Namun, jika penggunaan warna yg sama telah digunakan, ia boleh diteruskan..Malah, dari segi penggunaan signage & sticker, signage & sticker yg sama digunakan hanya kerana ia lebih mudah, menjimatkan masa & kos...bukan kerana kemestian...Lagipun bila sticker/signage yg sama digunakan, 'mata' kita biasanya merasa lebih selesa dengan 'pemandangan' yang sama...
Semoga perkongsian ini dapat membantu meningkatkan pemahaman kita bersama dalam usaha menjayakan persijilan 5S pada 26 Mei 2011 ini... Mohon maaf atas sebarang kekurangan di dalam perkongsian ini.
Sekian, terima kasih..
"KERJASAMA SEMUA PIHAK MENJAMIN KEJAYAAN PELAKSANAAN KONSEP 5S DI KPMB...INSYA ALLAH.."
Mashitoh binti Musa
Unit Seragam 5S
Kolej Profesional MARA Beranang
Lot 2333, Mukim Beranang
Jalan Kajang/Seremban
43700 Beranang
Selangor
Tel: 03-87668935/36 EXT 215