assalamualaikum kpd semua warga kolej
Hasil daripada perbincangan AJK Induk bersama-sama dengan ketua-ketua zon dalam mesyuarat 5S pada 13 Mei 2011 (Jumaat) yang lalu, mesyuarat telah memutuskan bahawa semua warga kolej KPMB diminta untuk mengamalkan konsep 5S (Seragam) dalam aspek memakir kenderaan tuan/puan. Ketetapan telah diambil iaitu:
- memakirkan kenderaan secara 'reverse parking' di kawasan parkir di antara dewan besar dan blok B
- ruang parkir juga disediakan di sebelah gelanggang bola tampar / berhampiran dengan rumah TPHEP dengan memakir secara 'reverse parking'
- kawasan di sebelah padang petangue boleh juga digunakan sbg tempat memakir kereta secara 'reverse parking'
- memakir kenderaan di sepanjang jalan bermula dari belakang pejabat pentadbiran dan berakhir di laluan setentang dengan Bilik I1. Parkir adalah secara 'side parking' dengan memakirkan kenderaan di sebelah kanan jalan. Jalan ini akan dijadikan laluan sehala.
- tidak dibenarkan memakir kenderaan di sepanjang laluan utama keluar/masuk bersebelahan padang bolasepak termasuk bersebelahan Blok B.
Marilah kita sama-sama menjayakan cara memakir yang seragam agar kita dapat mengujudkan persekitaran yang selamat. Arahan ini adalah berkuatkuasa mulai 23 Mei 2011.
Sokongan dari pihak tuan/puan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Daripada
Setiausaha 5S KPMB